SUNGAI BULOH, 27 Ogos– Seramai 200 peserta terdiri daripada Warga UiTM cawangan kampus Negeri Selangor menyertai UiTM Fun Run Merdeka 2023 yang diadakan pagi tadi.

Program larian sejauh 3.9 kilometer itu dimulakan dengan aktiviti senaman zumba, dan diikuti acara pelepasan peserta larian yang disempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata program larian yang berkonsepkan “Fun Run”, dianjurkan bagi memupuk patriotisme serta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66, sekali gus, menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UiTM.

(Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Roziah Mohd Janor)

“Program kita sememangnya kita letakkan patriotisme. Bukan hanya melibatkan program pelajar, kakitangan juga. Program Fun Run juga melibatkan kepada keperluan memahami Rukun Negara, memahami aspirasi negara, memahami aspirasi Madani sekarang ini.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dianjurkan hari ini. Jadi, sempena merdeka kita hendak rapatkan silaturrahim antara kampus-kampus. Ini permulaan yang baik untuk memberikan kebersamaan”, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi pelepasan UiTM Fun Run Merdeka 2023 di Sungai Buloh.

Baca artikel penuh : https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/69995-uitm-fun-run-merdeka-2023-pupuk-semangat-patriotisme

Berita penuh : https://www.youtube.com/watch?v=mf2q91ApKhA

Leave a Reply